Monday, March 25, 2019

3 HOTEL & HOMESTAY DI MELAKA YANG UNIK DAN MENARIK. HARGA BERBALOI!

Disini disenaraikan beberapa lokasi hotel, villa retreat, atau homestay di Melaka bagi anda bersama keluarga atau rakan-rakan.

1. YUNUS HOMESTAY KAMPUNG MORTEN




Bagi yang pernah menaiki River Cruise, mesti pernah lalu Kampung Morten, sebuah perkampungan Melayu di tepi Sungai Melaka. Apabila waktu malam, memang sarat dengan hiasan lampu yang menaikkan lagi seri perkampungan tradisional tersebut. Perkampungan ini amat unik kerana terletak di tengah-tengah bandar Melaka, dan ia dipelihara oleh kerajaan Melaka kerana nilai sejarah dan senibinanya.
Sekarang, anda juga boleh menginap di perkampungan tengah bandar ini. Penginapan di sini pasti mengimbau kenangan ketika berada di desa. Dengan strukturnya rumah dan perabot dan diperbuat dengan kayu, anda dapat merasai pengalaman tinggal di rumah tradisional Melayu Melaka. Nak pergi mana-mana pun dekat!
Alamat: 104, Lorong Tun Mamat 1, Kampung Morten, Melaka
No Tel: 013-778 2525

2. FUGA VILLAGE




Bagi yang ingin mendapatkan ketenangan jauh dari bandar Melaka, penginapan di Fuga Village merupakan pilihan yang ideal. Kawasan penginapan berkonsepkan moden kontemporari ini agak terasing dengan dinding yang tinggi berserta kolam renang.
Kawasan ini juga dekat dengan tarikan pelancong seperti pusat pemuliharaan penyu Padang Kemunting, restoran ikan bakar, serta pusat sukan seperti bola tampar, jet ski banana boat, badminton, berbasikal dan lain-lain. Buka pintu saja dah jumpa pantai tau!
Alamat: Lorong 13, Jalan Padang Kemunting, 78300 Masjid Tanah, Melaka, Malaysia
No Tel: +60 17-603 8224
Facebook: Fuga Village
Harga: Bermula RM 170/malam

        3. LIMASTIGA, UMBAI



Limastiga adalah antara homestay di Melaka yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Sesuai dengan namanya, penginapan berbumbung limas ini mendapat sentuhan senibina serta landskap yang amat mengagumkan. Segenap ruang tampil ekslusif dan dipenuhi tumbuh-tumbuhan yang redup serta elemen air yang menyegarkan.
Terletak berdekatan dengan Muara Ikan Bakar Umbai, serta beberapa lagi tarikan menarik seperti, Restoran Ikan Bakar terapung dan Perigi Hang Tuah, ia sangat sesuai untuk dijadikan tempat untuk berehat dan bersantai bersama keluarga.
Alamat: Jalan Paya Dalam, Umbai, 77300 Melaka
No Tel: 0126581381 / 0126237687
Facebook: LimasTiga
Harga: Pakej berharga sekitar RM 2300 – RM2800 (untuk 3 buah rumah yang boleh memuatkan 24 orang)

Sunday, March 24, 2019


5 Tempat Menarik di Melaka
Kaya dengan kesan peninggalan sejarah dan penuh dengan tarikan moden menjadikan negeri Melaka destinasi sasaran popular pelancong tempatan dan antarabangsa. Melaka juga merupakan destinasi pilihan utama warga Ibu Kota yang mencari tempat percutian singkat untuk melarikan diri daripada kesibukan bandar buat seketika.
1. Kota A'Famosa 
     Kota A Famosa
Kota A'Famosa dipilah sebagai tarikan penutup tirau entri ini kerana ia sudah lama dikenali sebagai mercu tanda paling popular di Melaka. Mengikut sejarah Ia didirikan oleh penjajah Portugis sebagai kubu pertahanan mereka di Melaka.
Pada tahun 1807 banyak kebanyakkan dari pada  bangunan ini telah diruntuhkan dan yang tinggal adalah sebahagian daripada pintu gerebang dan Portade Santiago. Apa yang dapat dilihat sekarang hanya sebahagian kecil sahaja daripada kubu asal.
Ini adalah tarikan yang wajib dilawati semasa anda bercuti ke Melaka nanti kerana ia merupakan satu detik penting dalam sejarah Negara kita.
Lokasi: Jalan Parameswara, Bandar Hilir, Alor Gajah, 78000 Melaka

2. Jonker Walk
Jonker Walk
Jonker Walk ini destinasi wajib dilawati semasa melancong ke Melaka nanti. Jonker Walk ini terkenal sebagai tempat membeli belah yang popular di Bandar Melaka.
Jika anda malas hendak bejalan anda boleh menaiki beca yang dihias penuh dengan lampu. Jika anda mencari kedai yang menjual cenderamata anda pasti menjumpainya di sini.
Lokasi: Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka
3. Mahlota Parade
        Mahkota Parade Melaka
Mahkota Parade memulakan operasinya pada tahun 1994 dan kini menempatkan hampir 200 buah kedai yang terdiri daripada jenama-jenama antarabangsa, makanan dan tempat berhibur.
Pusat membeli-belah ini lengkap dengan lebih daripada 1000 tempat meletak kereta  dan dikelilingi oleh tarikan-tarikan yang menarik di Melaka seperti Kota A Famosa, St. Paul’s Hil dan pusat membeli-belah yang lain, Dataran Pahlawan mall.
Apa yang anda ingin lakukan? Nak membeli barangan keperluan? Ada Giant Hypermarkat. Nak berhibur? Anda boleh menonton movie terbaru di panggung wayangnya. Nak shopping? Mahkota Parade turut memiliki Parkson, The Body Shop dan banyak lagi!
Alamat: Mahkota Parade, Jalan Merdeka, 75000 Melaka
4. Perigi Hang Tuah
           Perigi Hang Tuah Melaka

Kalau anda memiliki minat yang mendalam dengan sejarah Hang Tuah, jangan lepaskan peluang untuk melawat perigi yang dikatakan digali sendiri oleh Hang Tuah. Perigi Hang Tuah ini terletak di dalam kawasan kampung di mana Hang Tuah dilahirkan iaitu Kampung Duyong.
Banyak perkara menarik berkaitan perigi ini telah berlegar dalam masyarakat sekitar. Yang pertama, ada yang mengatakan saiz perigi ini kian membesar dari masa ke masa.
Kepercayaan menarik yang kedua pula adalah dikatakan yang orang ‘tertentu’ dapat melihat rupa sebenar perigi ini yang telah berubah menjadi buaya putih. Alamat: Kampung Duyong, 75430 Melaka
5. Muzium Kesultanan Melayu Melaka
      Muzium Kesultanan Melayu Melaka
Datang dan lihat sendiri kehidupan harian penduduk istana di Muzium Kesultanan Melayu Melaka. Di sini anda dapat melihat apa yang terkandung dibelakang dinding istana dan mempelajari tentang adat istiadat Kesultanan Melayu. Istana ini dibina dengan cara tradisional bagi mengekalkan ciri-ciri unik sejarahnya.
Bayaran Masuk: Dewasa RM3 | Kanak-kanak RM2
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am – 5.30pm)
Lokasi: Jalan Kota, 75000 Melaka, Malaysia


Percutian taman tema di Melaka

Jika anda inginkan keriangan dalam percutian ,taman tema adalah pilihan terbaik. Ada beberapa taman tema di Melaka yang boleh dijadikan lokasi percutian anda. Berikut ialah 2 senarai yang Cik Rabbit suggest.

Melaka Wonderland Theme Park & Resort

Image result for melaka wonderland

Melaka Wonderland Theme Park & Resort ialah sebuah taman tema air yang sangat popular kerana permaianan air yang menyeronokkan. Terdapat lebih 10 jenis permainan air disediakan untuk pengunjung dan yang paling popular ialah Tornado Chaser.

Taman tema Melaka Wonderland menyediakan permainan lain yang menarik seperti Go Kart dan Paintball. Anda juga boleh melawat Taman Dinasor yang cukup menarik dan unik.

Lokasi :
Melaka Wonderland Theme Park & Resort
Lot PT17178,Lebuh Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh,
Melaka

Tel : 06-231 3333


A' Famosa Resort Melaka

Related image

A' Famosa Resort Melaka ialah sebuah taman tema dan resort yang menarik yang sangat sesuai untuk percutian keluarga. Ia menawarkan berbagai jenis penginapan selsesa yang boleh anda pilih sesuai dengan kehendak dan bajet anda.

Terdapat taman tema menarik menanti pengunjung iaitu taman tema air, Animal Safari dan juga Cowboy Town. Selain itu, disini terdapat aktiviti yang menarik seperti permainan outdoor,sukan dan riadah.

Lokasi :
A'Famosa Resort Melaka
Jalan Parameswara
78000 Alor Gajah
Melaka

Tel : 06-552 0888


Percutian pantai di Melaka

Pantai Klebang

Pantai Klebang Melaka - Main Image

Lokasi Pantai Klebang ni adalah dalam sekitar 5 ke 6 km dari Bandar Hilir Melaka, dalam beberapa minit memandu dari bandar, anda dah boleh sampai ke pantai ni.
Bercerita tentang aktiviti yang boleh dibuat di sini pula, kawasan pasir pantainya agak luas untuk anda berseronok bersama keluarga sambil bermain layang-layang. Anak-anak juga boleh bermain di taman permainan yang disediakan. Tapi kalau anda nak buat lagi banyak aktiviti, anda boleh datang ke sini pada musim cuti atau hujung minggu, sebab aktiviti seperti ATV, kereta kuda, dan banyak lagi akan ditawarkan.
Alamat: Jalan Klebang Besar, Melaka 75200
Pantai Pengkalan Balak
Image result for pantai pengkalan balak
Terletak di sebuah pekan lama di Melaka, Pantai Pengkalan Balak adalah lokasi perkelahan yang cukup terkenal di negeri ini. Kalau dah terkenal tu mestilah ada sebabnyakan? Salah satu puncanya adalah kerana kemeriahan kawasan di sekitar pantai ini dengan restoran dan juga kedai-kedai yang menjual banyak barangan lain seperti mainan dan pakaian.
Mengenai tarikan yang terletak berdekatan dengan pantai ini pula, anda boleh melawat kawasan seperti  Pusat Konservasi dan Penetasan Penyu Karah di Pantai Kamunting dan Kompleks Falak Al-Khawarizmi.
Alamat: Masjid Tanah, Melaka
Pantai Tanjung Bidara
Image result for pantai tanjung bidara
Pantai Tanjung  adalah sebuah pantai indah yang terletak hanyalah 2 km dari Kem Terendak dan 10 km dari bandar Masjid Tanah. Pantai yang landai berpasir putih ini merupakan destinasi yang sesuai untuk anda sekeluarga berseronok menikmati waktu cuti untuk berkelah .Pantai ini juga sesuai untuk anda jadikan sebagai lokasi bermandi-manda bagi menyegarkan badan setelah puas meneroka kawasan sekitar.
Anda juga tak perlu terlalu risau untuk membawa anak berseronok dengan air pantai di sini kerana Menara Kawalan Pantai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) terdapat di tepi pantai dan bersedia membantu sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini.Kemudahan lain yang terdapat di sini adalah padang permainan kanak-kanak, kedai makan, surau, tandas awam dan bilik mandi. Semuanya lengkap tersedia.
Alamat: Pantai Tanjung Bidara, Terendak, 78300 Masjid Tanah, Malaka




Tempat percutian yang menarik di Melaka untuk seisi keluarga

Melaka ialah salah satu destinasi percutian popular bagi pelancong asing yang datang untuk bercuti di Melaka. Banyak lokasi pelancongan menarik yang boleh dilawati bila bercuti di sini. Di Melaka apa sahaja percutian yang anda inginkan semuanya ade di sini. Kali ini Cik Rabbit ingin berkongsi beberapa tempat percutian di Melaka yang menarik dan istimewa untuk diluangkan bersama keluarga yang tersayang.

Philea Resort & Spa

Resort bertaraf 5 bintang ini adalah lokasi yang sangat sesuai untuk berbulan madu. Terletak agak jauh dari bandar, suasana di Philea Resort & Spa cukup tenang. Persekitaran resort ini dipenuhi pohon yang menghijau. Apabila melangkah ke kawasan resort, pengunjung pasti terpesona melihat rekabentuk hotel yang cantik diperbuat dari kayu bagaikan berada dipergunungan luar negara.

Berada didalam resort ini memberi suatu perasaan yang sungguh mendamaikan . Terdapat beberapa kolam yang cantik dan lanskap yang menarik dikawasan resort.


Image result for philea resort melaka

Harga bilik bermula dari RM 450 hingga RM 2000 semalam mengikutjenis bilik dan pakej yang disediakan.

Lokasi :
Philea Resort & Spa Melaka
Lot 2940, Jalan Ayer Keroh,
Off Jalan Plaza Tol,
75450 Melaka

Contact :
Tel : 06 -289 3399


Amverton Herittage Resort

Tidak jauh dari bandar Melaka adalah sebuah resort yang penuh dengan keseronokan dan keselesaan untuk penginapan sekeluarga, Amverton Heritage Resort. Resort ini memiliki gelanggang tenis, kolam renang yang menyeronokkan lengkap dengan gelongsor seperti di taman tema air yang pasti akan menggembirakan bukan sahaja anak-anak tetapi anda sendiri, siapa tak suka main air kan? Di dalam hotel juga turut disediakan taman permainan kanak-kanak yang penuh warna-warni dan untuk orang dewasa pula boleh menghiburkan diri dengan bermain snooker.


Amverton Ayer Keroh Room


Setiap bilik di hotel ini yang agak luas dan juga sangat bersih lengkap dengan penyejuk udara, peralatan membuat air teh dan kopi, peti ais dan cerek elektrik. Tandasnya pula menawarkan mandian air panas dan lengkap dengan tab mandian. Satu penginapan yang sempurna bukan? 

Lokasi : 
Amverton Herritage Resort
Jalan Puteri Resort 1,
Ayer Keroh,
75450 Melaka

Contact :
Tel : 06-232 3333


Bayou Lagoon Park Resort

Hanya 15 minit dari Bandar Melaka anda akan sampai ke sebuah resort yang akan memberikan anda 
sekeluarga penginapan yang sempurna. Sebuah resort yang dilengkapi dengan water park, kolam renang dan pusat kecergasan. Lokasinya juga agak strategik kerana hanya 5 minit pemanduan dari resort ini adalah pusat membeli-belah Parkson dan Jusco.

Image result for bayou lagoon water park location

Setiap penginapan di resort ini agak luas dan lengkap dengan penyaman udara, dapur kecil,TV,peti ais dan sofa untuk anda bersantai bersama keluarga. Water park yang terdapat di Bayou Lagoon selamat untuk kanak-kanak bermandi manda dengan sepuas hati.
  
Lokasi:
Bayou Lagoon Park 
Jalan Wakaf Utama 1,
75450 Melaka

Contact :
Tel : 06-233 0888