Sunday, March 24, 2019


5 Tempat Menarik di Melaka
Kaya dengan kesan peninggalan sejarah dan penuh dengan tarikan moden menjadikan negeri Melaka destinasi sasaran popular pelancong tempatan dan antarabangsa. Melaka juga merupakan destinasi pilihan utama warga Ibu Kota yang mencari tempat percutian singkat untuk melarikan diri daripada kesibukan bandar buat seketika.
1. Kota A'Famosa 
     Kota A Famosa
Kota A'Famosa dipilah sebagai tarikan penutup tirau entri ini kerana ia sudah lama dikenali sebagai mercu tanda paling popular di Melaka. Mengikut sejarah Ia didirikan oleh penjajah Portugis sebagai kubu pertahanan mereka di Melaka.
Pada tahun 1807 banyak kebanyakkan dari pada  bangunan ini telah diruntuhkan dan yang tinggal adalah sebahagian daripada pintu gerebang dan Portade Santiago. Apa yang dapat dilihat sekarang hanya sebahagian kecil sahaja daripada kubu asal.
Ini adalah tarikan yang wajib dilawati semasa anda bercuti ke Melaka nanti kerana ia merupakan satu detik penting dalam sejarah Negara kita.
Lokasi: Jalan Parameswara, Bandar Hilir, Alor Gajah, 78000 Melaka

2. Jonker Walk
Jonker Walk
Jonker Walk ini destinasi wajib dilawati semasa melancong ke Melaka nanti. Jonker Walk ini terkenal sebagai tempat membeli belah yang popular di Bandar Melaka.
Jika anda malas hendak bejalan anda boleh menaiki beca yang dihias penuh dengan lampu. Jika anda mencari kedai yang menjual cenderamata anda pasti menjumpainya di sini.
Lokasi: Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka
3. Mahlota Parade
        Mahkota Parade Melaka
Mahkota Parade memulakan operasinya pada tahun 1994 dan kini menempatkan hampir 200 buah kedai yang terdiri daripada jenama-jenama antarabangsa, makanan dan tempat berhibur.
Pusat membeli-belah ini lengkap dengan lebih daripada 1000 tempat meletak kereta  dan dikelilingi oleh tarikan-tarikan yang menarik di Melaka seperti Kota A Famosa, St. Paul’s Hil dan pusat membeli-belah yang lain, Dataran Pahlawan mall.
Apa yang anda ingin lakukan? Nak membeli barangan keperluan? Ada Giant Hypermarkat. Nak berhibur? Anda boleh menonton movie terbaru di panggung wayangnya. Nak shopping? Mahkota Parade turut memiliki Parkson, The Body Shop dan banyak lagi!
Alamat: Mahkota Parade, Jalan Merdeka, 75000 Melaka
4. Perigi Hang Tuah
           Perigi Hang Tuah Melaka

Kalau anda memiliki minat yang mendalam dengan sejarah Hang Tuah, jangan lepaskan peluang untuk melawat perigi yang dikatakan digali sendiri oleh Hang Tuah. Perigi Hang Tuah ini terletak di dalam kawasan kampung di mana Hang Tuah dilahirkan iaitu Kampung Duyong.
Banyak perkara menarik berkaitan perigi ini telah berlegar dalam masyarakat sekitar. Yang pertama, ada yang mengatakan saiz perigi ini kian membesar dari masa ke masa.
Kepercayaan menarik yang kedua pula adalah dikatakan yang orang ‘tertentu’ dapat melihat rupa sebenar perigi ini yang telah berubah menjadi buaya putih. Alamat: Kampung Duyong, 75430 Melaka
5. Muzium Kesultanan Melayu Melaka
      Muzium Kesultanan Melayu Melaka
Datang dan lihat sendiri kehidupan harian penduduk istana di Muzium Kesultanan Melayu Melaka. Di sini anda dapat melihat apa yang terkandung dibelakang dinding istana dan mempelajari tentang adat istiadat Kesultanan Melayu. Istana ini dibina dengan cara tradisional bagi mengekalkan ciri-ciri unik sejarahnya.
Bayaran Masuk: Dewasa RM3 | Kanak-kanak RM2
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am – 5.30pm)
Lokasi: Jalan Kota, 75000 Melaka, Malaysia


1 comment:

  1. Menarik entry ni..sebab dapat membantu ramai orang yang nak ke melaka..saya pon bru je balik banyak lagi tempat untuk dilawati

    ReplyDelete