Pantai Klebang

Lokasi Pantai Klebang ni adalah dalam sekitar 5 ke 6 km dari Bandar Hilir Melaka, dalam beberapa minit memandu dari bandar, anda dah boleh sampai ke pantai ni.
Bercerita tentang aktiviti yang boleh dibuat di sini pula, kawasan pasir pantainya agak luas untuk anda berseronok bersama keluarga sambil bermain layang-layang. Anak-anak juga boleh bermain di taman permainan yang disediakan. Tapi kalau anda nak buat lagi banyak aktiviti, anda boleh datang ke sini pada musim cuti atau hujung minggu, sebab aktiviti seperti ATV, kereta kuda, dan banyak lagi akan ditawarkan.
Alamat: Jalan Klebang Besar, Melaka 75200
Pantai Pengkalan Balak

Terletak di sebuah pekan lama di Melaka, Pantai Pengkalan Balak adalah lokasi perkelahan yang cukup terkenal di negeri ini. Kalau dah terkenal tu mestilah ada sebabnyakan? Salah satu puncanya adalah kerana kemeriahan kawasan di sekitar pantai ini dengan restoran dan juga kedai-kedai yang menjual banyak barangan lain seperti mainan dan pakaian.
Mengenai tarikan yang terletak berdekatan dengan pantai ini pula, anda boleh melawat kawasan seperti Pusat Konservasi dan Penetasan Penyu Karah di Pantai Kamunting dan Kompleks Falak Al-Khawarizmi.
Alamat: Masjid Tanah, Melaka
Pantai Tanjung Bidara
Pantai Tanjung adalah sebuah pantai indah yang terletak hanyalah 2 km dari Kem Terendak dan 10 km dari bandar Masjid Tanah. Pantai yang landai berpasir putih ini merupakan destinasi yang sesuai untuk anda sekeluarga berseronok menikmati waktu cuti untuk berkelah .Pantai ini juga sesuai untuk anda jadikan sebagai lokasi bermandi-manda bagi menyegarkan badan setelah puas meneroka kawasan sekitar.
Anda juga tak perlu terlalu risau untuk membawa anak berseronok dengan air pantai di sini kerana Menara Kawalan Pantai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) terdapat di tepi pantai dan bersedia membantu sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini.Kemudahan lain yang terdapat di sini adalah padang permainan kanak-kanak, kedai makan, surau, tandas awam dan bilik mandi. Semuanya lengkap tersedia.
Alamat: Pantai Tanjung Bidara, Terendak, 78300 Masjid Tanah, Malaka
No comments:
Post a Comment