Melaka ialah salah satu destinasi percutian popular bagi pelancong asing yang datang untuk bercuti di Melaka. Banyak lokasi pelancongan menarik yang boleh dilawati bila bercuti di sini. Di Melaka apa sahaja percutian yang anda inginkan semuanya ade di sini. Kali ini Cik Rabbit ingin berkongsi beberapa tempat percutian di Melaka yang menarik dan istimewa untuk diluangkan bersama keluarga yang tersayang.
Philea Resort & Spa
Resort bertaraf 5 bintang ini adalah lokasi yang sangat sesuai untuk berbulan madu. Terletak agak jauh dari bandar, suasana di Philea Resort & Spa cukup tenang. Persekitaran resort ini dipenuhi pohon yang menghijau. Apabila melangkah ke kawasan resort, pengunjung pasti terpesona melihat rekabentuk hotel yang cantik diperbuat dari kayu bagaikan berada dipergunungan luar negara.
Berada didalam resort ini memberi suatu perasaan yang sungguh mendamaikan . Terdapat beberapa kolam yang cantik dan lanskap yang menarik dikawasan resort.

Harga bilik bermula dari RM 450 hingga RM 2000 semalam mengikutjenis bilik dan pakej yang disediakan.
Lokasi :
Philea Resort & Spa Melaka
Lot 2940, Jalan Ayer Keroh,
Off Jalan Plaza Tol,
75450 Melaka
Contact :
Tel : 06 -289 3399
Amverton Herittage Resort
Tidak jauh dari bandar Melaka adalah sebuah resort yang penuh dengan keseronokan dan keselesaan untuk penginapan sekeluarga, Amverton Heritage Resort. Resort ini memiliki gelanggang tenis, kolam renang yang menyeronokkan lengkap dengan gelongsor seperti di taman tema air yang pasti akan menggembirakan bukan sahaja anak-anak tetapi anda sendiri, siapa tak suka main air kan? Di dalam hotel juga turut disediakan taman permainan kanak-kanak yang penuh warna-warni dan untuk orang dewasa pula boleh menghiburkan diri dengan bermain snooker.

Setiap bilik di hotel ini yang agak luas dan juga sangat bersih lengkap dengan penyejuk udara, peralatan membuat air teh dan kopi, peti ais dan cerek elektrik. Tandasnya pula menawarkan mandian air panas dan lengkap dengan tab mandian. Satu penginapan yang sempurna bukan?
Lokasi :
Amverton Herritage Resort
Jalan Puteri Resort 1,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
Contact :
Tel : 06-232 3333
Bayou Lagoon Park Resort
Hanya 15 minit dari Bandar Melaka anda akan sampai ke sebuah resort yang akan memberikan anda
sekeluarga penginapan yang sempurna. Sebuah resort yang dilengkapi dengan water park, kolam renang dan pusat kecergasan. Lokasinya juga agak strategik kerana hanya 5 minit pemanduan dari resort ini adalah pusat membeli-belah Parkson dan Jusco.

Setiap penginapan di resort ini agak luas dan lengkap dengan penyaman udara, dapur kecil,TV,peti ais dan sofa untuk anda bersantai bersama keluarga. Water park yang terdapat di Bayou Lagoon selamat untuk kanak-kanak bermandi manda dengan sepuas hati.
Lokasi:
Bayou Lagoon Park
Jalan Wakaf Utama 1,
75450 Melaka
Contact :
Tel : 06-233 0888
Thanks..info yang lengkap boleh saya bwk family brcuti di melaka
ReplyDeleteGood job!
ReplyDelete